Tuesday, 30 March 2021

Auroras Kacamata Usahawan Siri 28 Bersama Pencerita Tamu Puan Ana Ha, 1st Time Promoter

 Mukadimah

Jurnal Auroras Kacamata Usahawan kali ini akan bersama Pencerita Tamu iaitu Puan Ana Ha, seorang usahawan yang mengusahakan produk Sambal Goreng ANNA dari Tenom, Sabah. Kisah ini merupakan satu critical incident (CI) sebagai 1st time promoter untuk promote produk sendiri. Apa yang diceritakan Puan Ana Ha ini merupakan berapa tips yang tersurat & tersirat untuk melaksanakan tugas promoter produk. Mari kita baca selanjutnya pengalaman tersebut. Semoga semua dapat manfaat.

PENGALAMAN JADI PROMOTER

Kenangan ketika baru dalam dunia usahawan. Buat sampling di Bataras outlets. Tiada upah promoter. Diri sendiri yg promote produk sendiri. Puas hati merasai pekerjaan yg tdk pernah dibuat. First time jadi promoter saya pakai baju lawa² ala-ala wanita Melayu terakhir. Bila saya promote produk pengunjung yg datang tengok saya semacam. Mungkin dia bingung ada kah saya ni pembeli atau pun penjual. Rupa² nya tanpa saya sedari adik yg bertugas sebagai merchandiser yg juga staff DIDR perhatikan saya. Setelah pengunjung berlalu si adik tadi tu pun mendekati saya. Begini dia cakap "miss kalau jadi promoter jangan pakai macam ni. Pengunjung tu bingung dia fikir miss pengunjung dlm pasaraya ni". Oh memang patut pun hari tu susah sangat dapatkan orang yg mau try testar sambal saya. Terima kasih adik yg tunjuk ajar saya.



Siapa Promoter???


Perubahan: Dalam Uniform Promoter

Besoknya saya pun ubah penampilan pakaian. Betullah bila saya ubah penampilan pakaian ala² promoter barulah ada aura sebagai promoter.

Saya cakap macam ni tanpa rasa malu "Encik/miss tak mau kah cuba rasa Sambal Goreng Nusantara Anna. Rasanya memang berbeza dari sambal yg lain. Tak beli tak apa yg penting cuba dulu. Try rasa percuma sja. Alhamdulillah kebanyakan yg test membeli juga sambal saya. Ada beberapa orang yg membeli sampai 2 hingga 3 botol.

Ini dlm pic ni beberapa orang pembeli sambal yg sempat saya sempat saya ambil pic. Ada beberapa outlet tu saya dapat menjual Sambal Goreng Anna kepada lebih 10 orang pembeli dlm masa 4 jam. Macam tdk percaya. Bagai saya itu adalah pencapaian luar biasa. Sebabnya saya tdk pernah ada pengalaman pun jadi promoter.



Promoter & Pelanggan

Apa yg saya rasakan semasa jadi promoter produk sendiri adalah perasaan enjoy. Di sini saya ingin katakan janganlah malu untuk jadi promoter produk sendiri. Kita harus yakin dengan produk kita. Dan sebagai usahawan semestinya kita bermula dari bawah.


Dalam gear promoter

Rakan2 usahawan yg buat sampling hari ini dan seterusnya di Bataras outlets semangatt!! utk kalian.

Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya yg tidak terhingga kepada madam Emmeline Patrick, Puan Pausia, tuan Helmi staff DIDR yg terlibat dengan program IKS. Tq so much๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ



Nota:

Produk Sambal Goreng ANNA Tenom boleh diakses melalui FB Page @Tradisional Makanan ANNA https://www.facebook.com/sambalgorenganna

othmanomar 30mac2021

Tuesday, 16 March 2021

Auroras Kacamata Usahawan Siri 27 Bersama Pencerita Tamu Puan Farni Millis

Mukadimah

Saya sharekan posting pengalaman Puan Farni Millis dari FBnya. Bacalah & learn how to learn to make meaning out of her good intent. Banyak yang tersurat & lebih lagi yang tersirat (Be wise to gain insights & understands what is left unsaid).

Dari KacaMata Farni Millis, thank you for your tacit knowledge.

Ini Cerita Puan Farni Millis



Pekerjaan pertama saya, cleaner di sebuah kedai aksesori wanita. Saya masih ingat lagi, masa tu saya datang masuk dalam kedai dan bertanya kalau-kalau mereka ada kerja kosong.

Kedai tu dimiliki 2 orang wanita cina. Selepas balik dari kolej, sebelah petang mulai jam 5 petang sehingga jam 10 malam saya bekerja membersih kedai dan barang-barang di dalam kedai.

Saya diberi gaji 15 ringgit sehari, untuk 5 jam, dan turun kerja 4 hari dalam seminggu. Kalau tidak cukup jam bekerja, saya kena gantikan masa kerja yang tidak lengkap pada hujung minggu. Memandangkan hujung minggu tiada kuliah jadi tiada masalah untuk lunaskan jam kerja.

Saya ni jenis yang suka memerhati dan meniru apa yang saya nampak perlu ๐Ÿ˜.

Selama saya bekerja, saya nampak bos-bos saya melayan macam-macam ragam pelanggan. Ada pelanggan yang baik, ada yang agak cerewet sehinggahlah yang memang menguji kesabaran.

Tapi saya tidak pernah mendengar mereka bercakap buruk atau menilai-nilai pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai. Walaupun pelanggan bersikap sombong, tidak sopan atau sebagainya yang kurang baik.

Pernah sekali tu, ada pelanggan yang sangat cerewet dan marah-marah. Selepas berbincang dengan baik, bos saya mengiring pelanggan sehingga di pintu kedai dengan senyuman. Selepas pelanggan keluar, mereka hanya gelengkan kepala, tarik nafas panjang dan teruskan bekerja sambil berbual seperti tiada apa yang berlaku.

Pada masa sekarang, kita bebas berkongsi kisah di media sosial. Sebagai seorang seller, mungkin kita boleh ambil teladan dari kisah 2 orang bos wanita yang saya bilang tahan minda, tahan emosi, tahan mulut ini.

Berkongsi cerita tentang kerenah pelanggan sangat baik jika ianya ada informasi, impak positif dan boleh ditiru untuk ke arah yang baik.

Tapi kadang-kadang kita tak perasan, kalau perkongsian cerita tentang kerenah pelanggan menyebabkan prospek atau bakal pembeli menjadi ragu-ragu pula untuk berurusan dengan kita. Itu satu sudut yang perlu kita nilai dahulu sebelum membuat perkongsian di medsos.

Ini cuma pendapat saya saja. Saya pun suka berkongsi cerita tentang pelanggan yang datang di kedai #Towit saya, lebih lagi dengan sikap mereka yang memang spontan menghiburkan hati ๐Ÿ˜.

#FM

Puan Farni Millis adalah usahawan Kacang Panggang Merah Kota Marudu

https://www.facebook.com/profile.php?id=100057137873602














Postscript:

  • Reflection ini adalah satu bentuk “Observation of a critical incident (CI)” yang memberi pengalaman & ilmu yang bernilai untuk tatacara menyantuni pelanggan
  • Cerita ini juga memberi peringatan mesra tentang sesuatu insiden/cerita yang kita hendak share di media sosial. Adakah itu satu keperluan yang boleh membawa manfaat atau disebaliknya?
  •  Ini satu pengalaman peribadi yang telah memberi makna dalam pembangunan & pemajuan kendiri pencerita. Ini dinamakan Meaning Making dari insiden sebagai satu virtue/ nilai baik untuk diterapkan: Tahan minda (Sabar), tahan emosi dan tahan mulut.
  • Seperti dinyatakan awal di atas, banyak lagi yang tersirat boleh diungkaikan. Terpulangkan kepada kita untuk memberi nilai makna kepada yang tidak diceritakan.

othmanomar 16mac2021

  

Friday, 5 March 2021

MAKNA GRASSROOTS INNOVATION DARI KACAMATA: Encik Hamid Jasmin, Tambunan, Inovator Grassroots

 Bersama @WeCreateNURI: Jurnal ‘Auroras Kacamata Usahawan’

Siri 8: MAKNA GRASSROOTS INNOVATION DARI KACAMATA: Encik Hamid Jasmin, Tambunan, Inovator

Catatan ini adalah extract Laporan “Yayasan Innovasi Malaysia: Grassroots Innovation Movement: from innovation to impact…An exploratory.” Kajian ini adalah Kajian Impak Grassroots Innovation yang di komisenkan kepada NURI & telah disediakan oleh Dr. Othman Omar and Nur Hidayah Mohamad Ayob of Network of Urban and Rural Innovators (NURI) & telah disiapkan bulan Mac 2020. Semoga YIM memberikan izin untuk kami sharekan & manfaatkan dalam Siri ini.

Innovation: Micro Hydro Kampung Libang Laut Tambunan, Sabah





1. Situation

Kg Libang Laut in Tambunan is an example of a community excluded from supply of on the grid electricity. Electricity supply was only made available in 2012. Prior to that a few households purchased small generator sets on individual basis. In 2003, a home-made mini hydro was made and provide a low cost off-the-grid electricity.

A 3KW generator set was supplied by the Government in or around 1996. Thus, the community with about 15 households became off-the-grid on electricity.

The genset was able to provide a better social well-being to the community but it concerned an issue to their economic situation. Maintenance especially the cost of fuel was worrying the community. Another was the limited hours of daily electricity supply from 6pm to 11pm. The solution was unfolded by Hamid Jasmin.

2. Initiative

Hamid Jasmin, a school gardener at that time, and a few of his neighbors started to build hydro power in 2003. The following is Hamid’s narration (verbatim), in a typical colloquial Sabahan Malay, of his world view about grassroots innovation:

3. Transcript Hamid Jasmin

…Tahun 2003 mula bulan satu [January], siap bulan tiga [March]. Punca sebenar masa tu tiada letrik. Letrik masuk kampung 2010 siap kena buat, kena taruh bekalan 2012.

Puncanya pula di Mukim Korokit tiada lampong [bekalan letrik] khususnya di kampung kami tiada letrik masa tu.

Saya ada kemahiran sikit, buat sikit-sikit. Buat dulu tiada menghasil, buat lagi sekali.

Start bulan satu, oleh kerana saya minat waktu tu, Buat, Buat, Buat, dalam 2003 bulan 4, 5 saya ada hasil. Saya buat masa tu perkakas yang buangan, gearbox terpakai, besi bangunan, pasal masa itu saya tiada duit. Kalau minta dengan kampung, jiran-jiran, belum berhasil lagi. Kalau minta tiada berhasil lagi, saya malu, saya minta-minta kalu tiada menjadi, diorang tuntut itu duit.

Saya buat saja itu turbin [turbine] masa itu oleh kerana saya ada pengalaman mekanik, jadi ambil itu turbin buat dari bangunan, gear yang rosak, kasi campur-campur jadi masa itu main ikat saja itu

…dulu pasal ini blum ada yang tau, saya minta di sana, kebanyakkan ada juga guru, guru kemahiran hidup, minta pandangan si sana, diaorang pun tida boleh buat apa-apa

Itulah kalau betul-betul kita ingin itu ilmu, tiada akan putuslah. Tapi masa itu saya punya hati masa itu YAKIN –Saya boleh yakin dapat. Cuma kursus itu belum sampai tapi kalau betul mau buat lepas tu kita tiada henti-henti, lepas tu kita ada yakinan mesti dapat

Oleh kerana 4 bulan saya buat [termasuk turbin 3 kali buat]. Yang baik masa itu orang kampung banyak menyokong walaupun saya tiada pelajaran, tiada kebolehan tapi diorang yakin saya ada belajar sikit mekanik (trektor). Oleh kerana ada pengalaman situ, yang jiran-jiran itu diorang yakin sikit, tapi dengan tadi itu kami buat sama-sama tapi saya yang mengetuai.

Saya buat turbin itu, kami pigi sungai, cuba kasi pusing, bila tida dapat pusingan, macam dia punya pusingan memerlukan 1500 rpm, itu yang susah itu dicari pusingan yang laju. Sedangkan turbin itu dalam satu minit 30 kali, sedangkan penggunaan eletrik ini dia memerlukan 1500. Itu yang susah mau cari itu.

Itula yang saya susah sampai saya tercari gear begitu. Tapi masa itu saya fikir2 saja tu bukan ada yang mengajar. Dalam hati saya tu saya dengan orang kampung cakap mungkin kita dapat ini kalau ada gearbox. Orang kampung pun cakap kalau bagitu cubala dia bilang.

Dengan orang kampung sokong saya cari [gearbox]. Itu pusingan pun saya tidak dapat itu, saya tidak brapa dia dapat tu, boleh menghasil tapi saya agak saja, saya agak saja.

Pulley diturbin saya taruh 20 inci, digearbox diekor tu pasang 4 inci, lepas tu ada ditempat clutch kereta pasang 13 atau 14 inci. Main try, main otak saja tiada formula. Mengira pun saya tidak tahu itu, kalau saya tahu mengira terus dapat. Ini main TERJUN-TERJUN.

Dengan kuasa Tuhan, saya pusing kan terus dia punya meter naik…Punya hati saya lega, saya punya hati masa itu macam saya kena nombor loteri bha.

Itu yang punca bukan saja saya punya family tapi saya dapat menolong orang kampung [Impact], yang jiran-jiran tu. Jadi masa tu kami tida hampala walaupun kami sedang bikin dalam masa sikit saja 5 bulan atau 4 bulan tapi krja kami masa itu tiada akan sia-sia, memang berhasil

Dalam hati saya itu, kita orang Muslim kan, tidak lari dari berdoa, dari doa juga saya dapat disitu tu. Niat bagus dengan tambahan usaha gigih.

Bila dapat pusing yang banyak, terus marak [menyala], sudah dapat letrik. Saya kasih marak disana dalam satu minggu disana. Macam saya punya hati gembira betul yang tidak terhingga, jadi bila dapat itu [kemudian] kami baru sambung pigi ke rumah. Yang saya pakai turbin buruk itu ada 3 atau 4 bulan kami pakai, lepas itu baru saya brani minta duit mau kasih upgrade. Saya minta dengan jiran-jiran

Saya sudah brani sudah pasal ada bukti saya [PoC], kalu saya minta pun tidak sia-sia

4. Soalan Tambahan

When asked why he innovated micro hydro, the responses were

  • Puncanya tiada letrik (Inadequate electricity supply)
  • Masa itu sudah ingin mau buat [micro hydro] (Eager to build micro hydro)
  • Kos minyak [genset] (Fuel cost was expensive)

5. Note

The narration was based on interview question Macam mana kamu start ini hidro? [What make you do hydro innovation]. Hamid shared with us the problematic situation of high cost of genset fuel and of limited supply hours. His journey into making the mini hydro with limited knowledge, limited resources, with recycle and reused materials, using heuristic mode of keep trying [main terjun-terjun as Hamid putted it], with self-confident, with doa’ and support of his neighbors and community when finally came up with a proof of concept (PoC). The mini hydro benefited his community with off-the-grid electricity since 2003 before on-the-grid electricity arrived in his village in 2012. The mini hydro is still in operation, one of the few communities with both off-the-grid and on-the-grid power supply.

cc: Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation Pentadbir Portal Yim

Sumber Gambar: YIM

#WeCreateNURIAuroras  untuk manfaatkan Ummah.

6. Pengiktirafan Untuk Hamid Jasmin

Kepakaran artisan Hamid Jasim telah dapat diktiraf dengan Pensijilan Kemahiran Malaysia. Hamid juga telah dianugerahkan dengan Bintang Setia Kinabalu (BSK) 2018.

THEIR MINDS ARE NOT MARGINAL MINDS

Semasa saya bertugas di Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) saya memperoleh geran dari BGCC. Geran tersebut bertujuan mengiktiraf innovator melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MSCS). Dalam Page NURI ini mereka yang telah memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia akan diperkenalkan secara bersiri.

Memperkenalkan Saudara Hamid Jasmin dari Kampong Libang Laut, Tambunan, Sabah, salah seorang yang telah memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.



For more story about Hamid and his innovation, please click to the url links provided below:


 

 

 

Thursday, 4 March 2021

NURI COMMUNITY INNOVATION & CREATIVE ECONOMY GROUP

 FB Group


Network of Urban & Rural Innovators aka NURI, created NURI Community Innovation & Creative Economy Group di FB pada 6 April 2020. Semasa itu PKP 1.0 disebabkn Pandemik CoVid 19 sudah dilaksana di Malaysia. Pada masa itu seakan ada “chaos” kerana ada normal baharu seperti Work From Home, Schooling From Home, Stay at Home. Impak PKP ini tertempias kepada ekonomi & kehidupan sosial. Dari situ bermulalah tren baru untuk mencari kelangsungan hidup.

NURI memulakan inisiatif menjejak dan mengumpulkan golongan marjinal dari kumpulan artisan & seumpamanya dan buat posting usaha, produk, servis dan s ebagaiebagainya semasa PKP. Pada awal bulan Jun 2020, satu write up telah diposting kan dalam usaha mencari identity Grup FB NURI. Di bawah adalah posting tersebut.

INILAH SIAPA KITA...INSPIRASI KITA

  • Dalam grup ini kita berbangga ada golongan artisan, peniaga, pengeluar, usahawan, pemulihara (conservationists) alam, budaya, traditional & tacit knowledge serta warisan & yang seangkatan dengannya.
  • Satu golongan karyawan yang dulunya wujud dalam order lama sistem sosial yakni. artisans, traders, farmers & the likes
  • Mereka telah mengolah/nurtured karya melalui pelbagai kreativiti & inovasi menjadi produk, perkhidmatan, pengetahuan & kemahiran, inisiatif, projek, program, perniagaan dsb yang telah mewujudkan peluang unik dalam ekonomi kreatif (creative economy including circular economies); menjana pendapatan & memanfaat komuniti
  • Mari kita sama2 sokong & engage dengan karya, usaha, projek & inisiatif dll mereka. Sebenarnya non-main stream creative economy ini, mengikut “The United Nations Conference on Trade and Development, the global artisan market generates an estimated $34 billion a year, and the demand for handcrafted, authentic, and locally produced goods is growing”

SEMOGA INI MENJADI INSPIRASI KITA & ANDA

Catatan OthmanOmar 8jun2020

https://www.facebook.com/groups/2600144920261228 














Wednesday, 3 March 2021

FASTABIQUL KHAIRAT..A FORCE TO DO GOOD

Buatlah sesuatu sebagai A FORCE TO DO GOOD

Berbuat baiklah kerana itulah cara yang anda pilih

 ๏ผข๏ฝ… ๏ผง๏ฝ๏ฝ๏ฝ„ ๏ผค๏ฝ ๏ผง๏ฝ๏ฝ๏ฝ„ ๏ผฆ๏ฝ…๏ฝ…๏ฝŒ ๏ผง๏ฝ๏ฝ๏ฝ„


 

Saturday, 27 February 2021

SIRI: THE SAMBALS OF USAHAWAN IKS SABAH...Part 2

CERITA SAMBAL

Bahagian 2

Kita sambung lagi cerita sambal, bahagian 2. Nampaknya produk sambal memberi banyak pilihan untuk penggemar makanan ni. Satu kategori ialah sambal yang diperbuat dari sumber laut seperti ikan, bilis dan udang serta udang baring\ geragau.

Kali ini cerita sambal akan memperkenalkan 3 lagi usahawan yang duduk di pesisiran pantai barat Sabah dengan produk dari sumber laut

Altizam Enterprise Sipitang

(https://www.facebook.com/Altizam-enterprise-112240537360802)

Pengusaha & Founder Puan Siti Zuriadah. Antara produl hasil dari laut Altizam ialah Sambal Ikan, Sambal Bilis Garing & Satay Ikan.




Natashea

(https://www.facebook.com/Natashea19)

Jenama ini beroperasi di Kawasan Papar. Founder & Pengusaha adalah Usahawan Muda sepasang suami isteri, Sdr. Muhammad Fahmie Ehsan Rijap & Puan Liena Azliena. Natashea gunakan Ikan Bilis untuk produk Sambal. Sambal Bilis Original, Merecik & Merapi.




Sambal Humey

(https://www.facebook.com/sambalhumeyviral)

Puan Saiyidatul Syahirah Jasney dari Labuan adalah Usahawan & Founder Sambal Humey. Sambal Humey focus kepada Sambal Garing: Bilis, Ikan Kekek & Geragau. Sambal Humey nichekan kepada Sambal Travel, berkonsep Mudah, Cepat & Ringan. Senang dibawa ke mana-mana & dinikmati di mana sahaja.






Sinopsis Makanan Tradisional Kami

Saya dari keluarga yang bermastuatin di pesisiran pantai Teluk Kimanis. Kebanyakan mereka yang duduk di Kawasan ini, ikan & hasil laut menjadi sumber makanan harian. Ikan pesisiran pantai yang ditangkap nelayan kecil (orang bakarang) menjadi sumber protein. Kalau musim sejenis ikan banyak, maka berlambaklah & harga pun agak murah. Misalnya di musim Udang Geragau, maka time itulah musim membuat belacan. Arwah mak saya pandai buat belacan & ramai juga saudara yang cari & beli belacan Arwah. Satu produk yang sedap ialah Dailan. Ini belacan yang masih cair & good jadi dipping sauce. Udang geragau atau bubuk yang surplus biasa akan dijemur kering jadi Bubuk Kering yang sedap dimakan begitu saja. Kalau musim Ikan basung/ selayang, kadang2 jadi macam tiada harga. Arwah Kakak saya akan beli like 10 sen sekati. Dia akan jemur & yang kering akan tahan lama. Saya suka makan begitu saja, macam makan makanan Jerky Meat di barat. So Jerky Fish memang best. Satu lagi produk yang belum saya terjumpa sekian lama ialah Ikan Salai. Ni makanan tradisional terutama sebelum ada Fridge. Arwah mak saya akan salai (smoke) ikan macam cara buat Kueh Bahulu. Guna Sabut Kelapa & makan masa yang lama untuk Dehydrate ikan. So Solar Drying & Smoke adalah kaedah konvensional untuk pengeringan. Zaman saya di kampung ikan, daging payau, herba dan buah cempedak, padi semua dikeringkan dengan cahaya matahari. Daging payau kering kalau digoreng & kemudian dihammer macam sotong bakar memang lazat daging lalap ni. Kaedah secara semulajadi solar dry ini memberikan rasa yang sedap & natural. Satu lagi produk yang Arwah mak pernah buat ialah Ikan Budu.

Produk sambal di atas adalah kelangsungan tradisi lama. Zaman dahulu kaedah ini adalah satu cara untuk kekalkan shelf life & sebagai makanan di musim tengkujuh selain dari Meal Appetizer. Dahulu ini adalah hasil artisan keluarga masing2, kemudian dalam komuniti akan adalah pembuat belacan, liking, ikan budu, kuih cincin & dll yang jadi terkenal & mereka jadi master artisan.

Selamat memilih sambal2 ni & mencubanya. Semua produk ini adalah perpetuation of our food culture & tradition di Sabah.

Akan Bersambung di Siri 3 ...

๐ผ๐“ƒ๐’พ๐“ˆ๐’พ๐’ถ๐“‰๐’พ๐’ป ๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿฃ ๐’ฉ๐’ฐ๐‘…๐ผ๐‘€๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ฎ๐’ฝ๐’ถ๐“‡๐‘’๐“€๐’ถ๐“ƒ ๐’น๐’พ ๐’ฉ๐‘’๐“Œ๐“ˆ ๐น๐‘’๐‘’๐’น ๐’œ๐“ƒ๐’น๐’ถ.

Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...


Friday, 26 February 2021

MEE KUNING KERING SABAH

 MEE KUNING KERING (Dried Yellow Mee) SABAH

Saya membesar dalam keluarga Sabah yang salah satu menu sarapan pagi ialah mee goreng. Satu menu yang simple. Biasanya hanya mee yg digoreng dengan rencah atau mumbu yang asas. Sayur pun tiada dititipkan. Telur jauh sekali. Bila sudah digoreng, terpulang kepada pemakan samada makan begitu saja atau disavorykan ikut citarasa masing2 dengan kicap, cuka & cili jeruk or cili potong. Sarapan asas yang sampai sekarang saya masih menyukainya.

Mee yang kami goreng ni bukan mee basah. Kami guna mee kuning kering yang dulu2 semua buatan lokal. Mee Kuning Kering Sabah ni sampai sekarang pun saya tidak tahu jenamanya. Kalau di sebelah KK, mereka guna Mee Tuaran. Kalau di Sandakan atau Tawau, namanya jadi Mee Sandakan atau Mee Tawau.Semuanya dibuat di setempat. Seingat saya, mee kuning kering ini lebih diprefer daripada mee hoon. Mungkin mee hoon di impot & harga lebih mahal. Mula saya berhijrah ke Semenanjung pun saya dapati saya tidak gemar mee kuning basah di sini, sebab rasanya ada kapur.

Saya cerita mee kuning kering ni sebab beberapa hari yang lalu, seorang ahli NURI Community Innovation & Creative Economy FB Grup (https://www.facebook.com/groups/26001449202612280) posted produk Mi Kuning Kering. Produk ini dipanggil Mi Kuning Kering Tawau & Mi Kuning Moringa. Produk ini diusahakan oleh Puan Arsenia Banglos (https://www.facebook.com/arsenia.banglos1) dari R See Mi Holdings Company Sdn Bhd (https://www.facebook.com/rseemiholdingscompanysdnbhd/). Terima kasih Ms RahmahnurLaila Harun (https://www.facebook.com/rnlailah2769) postingkan.

Mi Kuning Kering R’See ini dikatakan dibuat dengan bahan: No wax | Tiada Kapur | Tiada Asid Borik | Produk keluaran Muslim untuk dihidangkan dengan pelbagai menu. Lihat Gambar.




Mi Kuning Kering ini meningatkan saya pula kepada satu favret food yang hanya ada di Sabah. Semua orang Sabah & yang pernah ke Sabah tahu MEE ROJAK. Dulu zaman saya sekolah di kampung, kami makan rojak di Kedai Boni Joyo, harga cuma 50 sen time tu. Now kalau saya turun KK saya mampir di Happy Muslim Restaurant untuk nikmati Mee Rojak atau pun Soto atau kedua2nya sekali. Al maklum…



Note: Still miss rasa Soto Kedai Boni Joyo zaman dulu dengan clear soup daging, dicampur beberapa daging rebus potong dan timun cincang

SIRI QUOTE NURI: KAMU YANG BILANG

 Siapa yang Bilang





By Azizul Julirn, Agropreneur, Kundasang Aqua Farm

TEACHABLE MOMENT

ษชษดษช๊œฑษชแด€แด›ษช๊œฐ 2021 ษดแดœส€ษช: แดแด€ส€ษช ๊œฑสœแด€ส€แด‡แด‹แด€ษด แด…ษช ษดแด‡แดก๊œฑ ๊œฐแด‡แด‡แด… แด€ษดแด…แด€.

Mencari ilmu itu akan lebih mudah semasa TEACHABLE MOMENT; seperti Orang Mengantuk Disurungkan Bantal


๐‹๐ž๐ญ'๐ฌ ๐Œ๐š๐ค๐ž ๐“๐ก๐ข๐ฌ ๐Œ๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐š ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐š๐›๐ฅ๐ž ๐Œ๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ.

SIRI: THE SAMBALS OF USAHAWAN IKS SABAH...pt. 1

 CERITA SAMBAL

Semua orang tahu Sambal! Ada pelbagai jenis! Sambal itu sebahagian budaya makan kita. Ia pelazat (appetizer) yang diambil ketika makan. Ada kalanya samballah luak utama.

Saya dibudayakan makan sambal dari masa umur mula beralih dari zaman kanak2 ke remaja. Bermula dengan sambal belacan (dgn tahap pedas yang berbeza2), then sambal udang kering, sambal cili. Kemudian time berubah kepada sos cili Maggie & seumpamanya.

Suatu ketika semasa belajar di luar negara, yg ada belacan bolehlah buat sambal sendiri sendiri. Sos cili xda jual, sos tomato banyak. Mujur ada jual Sambal BAJAK dari Indonesia & Vietnam. Sangat pedas! Ada kala kami makan fish burger bersama sambal bajak. Burger ikan agar hanyir.

Semasa melawat keluar negara atau pergi ke Tanah Suci, nah sambal satu kemestian. Sya suka bekal sambal udang kering & sambal cili kering homemade. Boleh tahan lama & boleh jadi lauk utama.

Sekarang ni sudah banyak produk sambal traditional yg diusahakan semula. Macam2 ada. Tentunya yg gemar sambal bolehlah test semua sambal2 ini. Kemudian bolehlah tentukan sambal mana yang sesuai untuk apa.

Sambal Goreng ANNA Tenom

Terdapat 4 Savory Choices: Belacan, Tomato, Kantan & Teras. Dari Usahawan: Puan @Ana Ha, Tradisional Makanan ANNA (https://www.facebook.com/sambalgorenganna)

 Tel: +6011 2615 1504



Sambal Lados

The Sambal Varieties. by Lados ~Spice Up Your Life. Greatest Taste Ready To Eat. Usahawan: Puan Lizah Sani, LadosSabah (https://www.facebook.com/ladosSabah)

 Tel: +6013 886 6976


 


Sambal MENAQ

Produk Sambal MENAQ: Sambal Udang Pedas | Sambal Ikan Masin | Sambal Kicap Pedas

Enterprise MENAQ SDN BHD ini diusahakan oleh Puan Rina Menaq. Info lanjut klik di FB Page: Sambal MENAQ (https://www.facebook.com/sambalmenaq)

Tel: +6016-831 9506

Photo: FB Page 







Akan Bersambung di Siri 2 ...

๐ผ๐“ƒ๐’พ๐“ˆ๐’พ๐’ถ๐“‰๐’พ๐’ป ๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿฃ ๐’ฉ๐’ฐ๐‘…๐ผ: ๐‘€๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ฎ๐’ฝ๐’ถ๐“‡๐‘’๐“€๐’ถ๐“ƒ ๐’น๐’พ ๐’ฉ๐‘’๐“Œ๐“ˆ ๐น๐‘’๐‘’๐’น ๐’œ๐“ƒ๐’น๐’ถ.

Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...