Friday, 26 February 2021

SIRI: THE SAMBALS OF USAHAWAN IKS SABAH...pt. 1

 CERITA SAMBAL

Semua orang tahu Sambal! Ada pelbagai jenis! Sambal itu sebahagian budaya makan kita. Ia pelazat (appetizer) yang diambil ketika makan. Ada kalanya samballah luak utama.

Saya dibudayakan makan sambal dari masa umur mula beralih dari zaman kanak2 ke remaja. Bermula dengan sambal belacan (dgn tahap pedas yang berbeza2), then sambal udang kering, sambal cili. Kemudian time berubah kepada sos cili Maggie & seumpamanya.

Suatu ketika semasa belajar di luar negara, yg ada belacan bolehlah buat sambal sendiri sendiri. Sos cili xda jual, sos tomato banyak. Mujur ada jual Sambal BAJAK dari Indonesia & Vietnam. Sangat pedas! Ada kala kami makan fish burger bersama sambal bajak. Burger ikan agar hanyir.

Semasa melawat keluar negara atau pergi ke Tanah Suci, nah sambal satu kemestian. Sya suka bekal sambal udang kering & sambal cili kering homemade. Boleh tahan lama & boleh jadi lauk utama.

Sekarang ni sudah banyak produk sambal traditional yg diusahakan semula. Macam2 ada. Tentunya yg gemar sambal bolehlah test semua sambal2 ini. Kemudian bolehlah tentukan sambal mana yang sesuai untuk apa.

Sambal Goreng ANNA Tenom

Terdapat 4 Savory Choices: Belacan, Tomato, Kantan & Teras. Dari Usahawan: Puan @Ana Ha, Tradisional Makanan ANNA (https://www.facebook.com/sambalgorenganna)

 Tel: +6011 2615 1504



Sambal Lados

The Sambal Varieties. by Lados ~Spice Up Your Life. Greatest Taste Ready To Eat. Usahawan: Puan Lizah Sani, LadosSabah (https://www.facebook.com/ladosSabah)

 Tel: +6013 886 6976


 


Sambal MENAQ

Produk Sambal MENAQ: Sambal Udang Pedas | Sambal Ikan Masin | Sambal Kicap Pedas

Enterprise MENAQ SDN BHD ini diusahakan oleh Puan Rina Menaq. Info lanjut klik di FB Page: Sambal MENAQ (https://www.facebook.com/sambalmenaq)

Tel: +6016-831 9506

Photo: FB Page 







Akan Bersambung di Siri 2 ...

𝐼𝓃𝒾𝓈𝒾𝒶𝓉𝒾𝒻 𝟤𝟤𝟣 𝒩𝒰𝑅𝐼: 𝑀𝒶𝓇𝒾 𝒮𝒽𝒶𝓇𝑒𝓀𝒶𝓃 𝒹𝒾 𝒩𝑒𝓌𝓈 𝐹𝑒𝑒𝒹 𝒜𝓃𝒹𝒶.

Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...






No comments:

Post a Comment