Showing posts with label Creative Economy. Show all posts
Showing posts with label Creative Economy. Show all posts

Saturday, 27 February 2021

SIRI: THE SAMBALS OF USAHAWAN IKS SABAH...Part 2

CERITA SAMBAL

Bahagian 2

Kita sambung lagi cerita sambal, bahagian 2. Nampaknya produk sambal memberi banyak pilihan untuk penggemar makanan ni. Satu kategori ialah sambal yang diperbuat dari sumber laut seperti ikan, bilis dan udang serta udang baring\ geragau.

Kali ini cerita sambal akan memperkenalkan 3 lagi usahawan yang duduk di pesisiran pantai barat Sabah dengan produk dari sumber laut

Altizam Enterprise Sipitang

(https://www.facebook.com/Altizam-enterprise-112240537360802)

Pengusaha & Founder Puan Siti Zuriadah. Antara produl hasil dari laut Altizam ialah Sambal Ikan, Sambal Bilis Garing & Satay Ikan.




Natashea

(https://www.facebook.com/Natashea19)

Jenama ini beroperasi di Kawasan Papar. Founder & Pengusaha adalah Usahawan Muda sepasang suami isteri, Sdr. Muhammad Fahmie Ehsan Rijap & Puan Liena Azliena. Natashea gunakan Ikan Bilis untuk produk Sambal. Sambal Bilis Original, Merecik & Merapi.




Sambal Humey

(https://www.facebook.com/sambalhumeyviral)

Puan Saiyidatul Syahirah Jasney dari Labuan adalah Usahawan & Founder Sambal Humey. Sambal Humey focus kepada Sambal Garing: Bilis, Ikan Kekek & Geragau. Sambal Humey nichekan kepada Sambal Travel, berkonsep Mudah, Cepat & Ringan. Senang dibawa ke mana-mana & dinikmati di mana sahaja.






Sinopsis Makanan Tradisional Kami

Saya dari keluarga yang bermastuatin di pesisiran pantai Teluk Kimanis. Kebanyakan mereka yang duduk di Kawasan ini, ikan & hasil laut menjadi sumber makanan harian. Ikan pesisiran pantai yang ditangkap nelayan kecil (orang bakarang) menjadi sumber protein. Kalau musim sejenis ikan banyak, maka berlambaklah & harga pun agak murah. Misalnya di musim Udang Geragau, maka time itulah musim membuat belacan. Arwah mak saya pandai buat belacan & ramai juga saudara yang cari & beli belacan Arwah. Satu produk yang sedap ialah Dailan. Ini belacan yang masih cair & good jadi dipping sauce. Udang geragau atau bubuk yang surplus biasa akan dijemur kering jadi Bubuk Kering yang sedap dimakan begitu saja. Kalau musim Ikan basung/ selayang, kadang2 jadi macam tiada harga. Arwah Kakak saya akan beli like 10 sen sekati. Dia akan jemur & yang kering akan tahan lama. Saya suka makan begitu saja, macam makan makanan Jerky Meat di barat. So Jerky Fish memang best. Satu lagi produk yang belum saya terjumpa sekian lama ialah Ikan Salai. Ni makanan tradisional terutama sebelum ada Fridge. Arwah mak saya akan salai (smoke) ikan macam cara buat Kueh Bahulu. Guna Sabut Kelapa & makan masa yang lama untuk Dehydrate ikan. So Solar Drying & Smoke adalah kaedah konvensional untuk pengeringan. Zaman saya di kampung ikan, daging payau, herba dan buah cempedak, padi semua dikeringkan dengan cahaya matahari. Daging payau kering kalau digoreng & kemudian dihammer macam sotong bakar memang lazat daging lalap ni. Kaedah secara semulajadi solar dry ini memberikan rasa yang sedap & natural. Satu lagi produk yang Arwah mak pernah buat ialah Ikan Budu.

Produk sambal di atas adalah kelangsungan tradisi lama. Zaman dahulu kaedah ini adalah satu cara untuk kekalkan shelf life & sebagai makanan di musim tengkujuh selain dari Meal Appetizer. Dahulu ini adalah hasil artisan keluarga masing2, kemudian dalam komuniti akan adalah pembuat belacan, liking, ikan budu, kuih cincin & dll yang jadi terkenal & mereka jadi master artisan.

Selamat memilih sambal2 ni & mencubanya. Semua produk ini adalah perpetuation of our food culture & tradition di Sabah.

Akan Bersambung di Siri 3 ...

𝐼𝓃𝒾𝓈𝒾𝒶𝓉𝒾𝒻 𝟤𝟤𝟣 𝒩𝒰𝑅𝐼𝑀𝒶𝓇𝒾 𝒮𝒽𝒶𝓇𝑒𝓀𝒶𝓃 𝒹𝒾 𝒩𝑒𝓌𝓈 𝐹𝑒𝑒𝒹 𝒜𝓃𝒹𝒶.

Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...


Friday, 26 February 2021

SIRI QUOTE NURI: KAMU YANG BILANG

 Siapa yang Bilang





By Azizul Julirn, Agropreneur, Kundasang Aqua Farm

SIRI: THE SAMBALS OF USAHAWAN IKS SABAH...pt. 1

 CERITA SAMBAL

Semua orang tahu Sambal! Ada pelbagai jenis! Sambal itu sebahagian budaya makan kita. Ia pelazat (appetizer) yang diambil ketika makan. Ada kalanya samballah luak utama.

Saya dibudayakan makan sambal dari masa umur mula beralih dari zaman kanak2 ke remaja. Bermula dengan sambal belacan (dgn tahap pedas yang berbeza2), then sambal udang kering, sambal cili. Kemudian time berubah kepada sos cili Maggie & seumpamanya.

Suatu ketika semasa belajar di luar negara, yg ada belacan bolehlah buat sambal sendiri sendiri. Sos cili xda jual, sos tomato banyak. Mujur ada jual Sambal BAJAK dari Indonesia & Vietnam. Sangat pedas! Ada kala kami makan fish burger bersama sambal bajak. Burger ikan agar hanyir.

Semasa melawat keluar negara atau pergi ke Tanah Suci, nah sambal satu kemestian. Sya suka bekal sambal udang kering & sambal cili kering homemade. Boleh tahan lama & boleh jadi lauk utama.

Sekarang ni sudah banyak produk sambal traditional yg diusahakan semula. Macam2 ada. Tentunya yg gemar sambal bolehlah test semua sambal2 ini. Kemudian bolehlah tentukan sambal mana yang sesuai untuk apa.

Sambal Goreng ANNA Tenom

Terdapat 4 Savory Choices: Belacan, Tomato, Kantan & Teras. Dari Usahawan: Puan @Ana Ha, Tradisional Makanan ANNA (https://www.facebook.com/sambalgorenganna)

 Tel: +6011 2615 1504



Sambal Lados

The Sambal Varieties. by Lados ~Spice Up Your Life. Greatest Taste Ready To Eat. Usahawan: Puan Lizah Sani, LadosSabah (https://www.facebook.com/ladosSabah)

 Tel: +6013 886 6976


 


Sambal MENAQ

Produk Sambal MENAQ: Sambal Udang Pedas | Sambal Ikan Masin | Sambal Kicap Pedas

Enterprise MENAQ SDN BHD ini diusahakan oleh Puan Rina Menaq. Info lanjut klik di FB Page: Sambal MENAQ (https://www.facebook.com/sambalmenaq)

Tel: +6016-831 9506

Photo: FB Page 







Akan Bersambung di Siri 2 ...

𝐼𝓃𝒾𝓈𝒾𝒶𝓉𝒾𝒻 𝟤𝟤𝟣 𝒩𝒰𝑅𝐼: 𝑀𝒶𝓇𝒾 𝒮𝒽𝒶𝓇𝑒𝓀𝒶𝓃 𝒹𝒾 𝒩𝑒𝓌𝓈 𝐹𝑒𝑒𝒹 𝒜𝓃𝒹𝒶.

Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...