Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC by NURI LFN
| MODUL PELAN LANTAI (LAYOUT)/ DESIGN FACILITY| &
| MODUL SOP PROSES|
Modul2 ini akan bantu usahawan kepada asas dokumenkan Sistem Pengeluaran seperti yang dinyatakan dalam Infografik (Lihat gambar)
JOM LIBAT-SERTA
Salam Semua,
Jika kita tidak usaha membudaya (cultivate) Sistem Pengeluaran Produk atau Perkhidmatan kita sendiri, banyak potensi pemajuan pengeluaran produk/ perkhidmatan mungkin terlepas atau terjejas.
Jangan hanya terus bergantung kepada Kaedah Audit semata2, seperti MeSTI, Halal, HCCP, GMP, ISO & pelbagai lagi pensijilan, selagi kita tidak mau menjemput untuk berilmu & berkemahiran untuk kendali Sistem Pengeluaran/ Perkhidmatan kita sendiri.
Sistem Audit milik pihak ketiga, ada yang untuk tujuan perundangan & ada yang untuk protect industri masing2, dll. Sampai bila mau bertuankan kepada mereka dengan harga kos pembiayaan yang tinggi & hanya sah dalam tempoh masa dihadkan. Kita cuba mau patuhi badan2 ni, tetapi urusan bina design sistem pengeluaran produk kita sendiri tetap kucar kacir. Sistem Pengeluaran Produk kita nilah sepatut yang beri asas untuk sediakan dokumen pensijilan atau audit2 lain.
Sistem Pengeluaran kita adalah Harta Intelek (IP) kita, yang jika terusan improve & re-improve & re-improve...akan menjadi "The whole is greater than the sum of its parts". Misalnya, Toyota Production System (TPS) yang dicultivate lebih 70 tahun yang lalu, ianya menjadi ikutan sistem pengeluaran industri otomobil serta sektor lain & telah mencetuskan ilmu Lean Management.
Kita pun boleh wujudkan standards untuk sistem pengeluaran produk IKS/ PMK kita sendiri.
MANTAPKAN PRODUCTION GAME ANDA. BERMULA DARI ASAS YANG BETUL, DEMI BINA TAPAK YANG KUKUH!
No comments:
Post a Comment