CERITA SAMBAL
Bahagian 2
Kita sambung lagi cerita sambal,
bahagian 2. Nampaknya produk sambal memberi banyak pilihan untuk penggemar
makanan ni. Satu kategori ialah sambal yang diperbuat dari sumber laut seperti
ikan, bilis dan udang serta udang baring\ geragau.
Kali ini cerita sambal akan
memperkenalkan 3 lagi usahawan yang duduk di pesisiran pantai barat Sabah
dengan produk dari sumber laut
Altizam Enterprise Sipitang
(https://www.facebook.com/Altizam-enterprise-112240537360802)
Pengusaha & Founder Puan Siti
Zuriadah. Antara produl hasil dari laut Altizam ialah Sambal Ikan, Sambal Bilis
Garing & Satay Ikan.

Natashea
(https://www.facebook.com/Natashea19)
Jenama ini beroperasi di Kawasan
Papar. Founder & Pengusaha adalah Usahawan Muda sepasang suami isteri, Sdr.
Muhammad Fahmie Ehsan Rijap & Puan Liena Azliena. Natashea gunakan Ikan
Bilis untuk produk Sambal. Sambal Bilis Original, Merecik & Merapi.

Sambal Humey
(https://www.facebook.com/sambalhumeyviral)
Puan Saiyidatul Syahirah Jasney
dari Labuan adalah Usahawan & Founder Sambal Humey. Sambal Humey focus kepada
Sambal Garing: Bilis, Ikan Kekek & Geragau. Sambal Humey nichekan kepada Sambal
Travel, berkonsep Mudah, Cepat & Ringan. Senang dibawa ke mana-mana &
dinikmati di mana sahaja.

Sinopsis Makanan Tradisional Kami
Saya dari keluarga yang bermastuatin di pesisiran pantai Teluk Kimanis. Kebanyakan mereka yang duduk di Kawasan ini, ikan & hasil laut menjadi sumber makanan harian. Ikan pesisiran pantai yang ditangkap nelayan kecil (orang bakarang) menjadi sumber protein. Kalau musim sejenis ikan banyak, maka berlambaklah & harga pun agak murah. Misalnya di musim Udang Geragau, maka time itulah musim membuat belacan. Arwah mak saya pandai buat belacan & ramai juga saudara yang cari & beli belacan Arwah. Satu produk yang sedap ialah Dailan. Ini belacan yang masih cair & good jadi dipping sauce. Udang geragau atau bubuk yang surplus biasa akan dijemur kering jadi Bubuk Kering yang sedap dimakan begitu saja. Kalau musim Ikan basung/ selayang, kadang2 jadi macam tiada harga. Arwah Kakak saya akan beli like 10 sen sekati. Dia akan jemur & yang kering akan tahan lama. Saya suka makan begitu saja, macam makan makanan Jerky Meat di barat. So Jerky Fish memang best. Satu lagi produk yang belum saya terjumpa sekian lama ialah Ikan Salai. Ni makanan tradisional terutama sebelum ada Fridge. Arwah mak saya akan salai (smoke) ikan macam cara buat Kueh Bahulu. Guna Sabut Kelapa & makan masa yang lama untuk Dehydrate ikan. So Solar Drying & Smoke adalah kaedah konvensional untuk pengeringan. Zaman saya di kampung ikan, daging payau, herba dan buah cempedak, padi semua dikeringkan dengan cahaya matahari. Daging payau kering kalau digoreng & kemudian dihammer macam sotong bakar memang lazat daging lalap ni. Kaedah secara semulajadi solar dry ini memberikan rasa yang sedap & natural. Satu lagi produk yang Arwah mak pernah buat ialah Ikan Budu.
Produk sambal di atas adalah
kelangsungan tradisi lama. Zaman dahulu kaedah ini adalah satu cara untuk
kekalkan shelf life & sebagai makanan di musim tengkujuh selain dari Meal
Appetizer. Dahulu ini adalah hasil artisan keluarga masing2, kemudian dalam
komuniti akan adalah pembuat belacan, liking, ikan budu, kuih cincin & dll
yang jadi terkenal & mereka jadi master artisan.
Selamat memilih sambal2 ni &
mencubanya. Semua produk ini adalah perpetuation of our food culture &
tradition di Sabah.
Akan Bersambung di Siri 3 ...
𝐼𝓃𝒾𝓈𝒾𝒶𝓉𝒾𝒻 𝟤❤𝟤𝟣 𝒩𝒰𝑅𝐼: 𝑀𝒶𝓇𝒾 𝒮𝒽𝒶𝓇𝑒𝓀𝒶𝓃 𝒹𝒾 𝒩𝑒𝓌𝓈 𝐹𝑒𝑒𝒹 𝒜𝓃𝒹𝒶.
Memperkasa Usahawan IKS Sabah Unfold Potensi Mereka To Be at Their Best...


