Mukadimah
Jurnal Auroras Kacamata Usahawan kali ini
akan bersama Pencerita Tamu iaitu Puan Ana Ha, seorang usahawan yang
mengusahakan produk Sambal Goreng ANNA dari Tenom, Sabah. Kisah ini merupakan satu
critical incident (CI) sebagai 1st time promoter untuk promote
produk sendiri. Apa yang diceritakan Puan Ana Ha ini merupakan berapa tips yang
tersurat & tersirat untuk melaksanakan tugas promoter produk. Mari kita
baca selanjutnya pengalaman tersebut. Semoga semua dapat manfaat.
PENGALAMAN JADI PROMOTER
Kenangan ketika baru dalam dunia usahawan.
Buat sampling di Bataras outlets. Tiada upah promoter. Diri sendiri yg promote
produk sendiri. Puas hati merasai pekerjaan yg tdk pernah dibuat. First time
jadi promoter saya pakai baju lawa² ala-ala wanita Melayu terakhir. Bila saya
promote produk pengunjung yg datang tengok saya semacam. Mungkin dia bingung
ada kah saya ni pembeli atau pun penjual. Rupa² nya tanpa saya sedari adik yg
bertugas sebagai merchandiser yg juga staff DIDR perhatikan saya. Setelah
pengunjung berlalu si adik tadi tu pun mendekati saya. Begini dia cakap
"miss kalau jadi promoter jangan pakai macam ni. Pengunjung tu bingung dia
fikir miss pengunjung dlm pasaraya ni". Oh memang patut pun hari tu susah
sangat dapatkan orang yg mau try testar sambal saya. Terima kasih adik yg
tunjuk ajar saya.
Perubahan: Dalam Uniform Promoter
Besoknya saya pun ubah penampilan pakaian.
Betullah bila saya ubah penampilan pakaian ala² promoter barulah ada aura
sebagai promoter.
Saya cakap macam ni tanpa rasa malu
"Encik/miss tak mau kah cuba rasa Sambal Goreng Nusantara Anna. Rasanya
memang berbeza dari sambal yg lain. Tak beli tak apa yg penting cuba dulu. Try
rasa percuma sja. Alhamdulillah kebanyakan yg test membeli juga sambal saya.
Ada beberapa orang yg membeli sampai 2 hingga 3 botol.
Ini dlm pic ni beberapa orang pembeli
sambal yg sempat saya sempat saya ambil pic. Ada beberapa outlet tu saya dapat
menjual Sambal Goreng Anna kepada lebih 10 orang pembeli dlm masa 4 jam. Macam
tdk percaya. Bagai saya itu adalah pencapaian luar biasa. Sebabnya saya tdk
pernah ada pengalaman pun jadi promoter.

Apa yg saya rasakan semasa jadi promoter
produk sendiri adalah perasaan enjoy. Di sini saya ingin katakan janganlah malu
untuk jadi promoter produk sendiri. Kita harus yakin dengan produk kita. Dan
sebagai usahawan semestinya kita bermula dari bawah.
Rakan2 usahawan yg buat sampling hari ini dan
seterusnya di Bataras outlets semangatt!! utk kalian.
Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih saya yg tidak terhingga kepada madam Emmeline Patrick, Puan Pausia, tuan
Helmi staff DIDR yg terlibat dengan program IKS. Tq so much🥰🥰
Nota:
Produk Sambal Goreng ANNA Tenom boleh
diakses melalui FB Page @Tradisional Makanan ANNA
https://www.facebook.com/sambalgorenganna
othmanomar 30mac2021








No comments:
Post a Comment