Showing posts with label Mee Kuning Kering. Show all posts
Showing posts with label Mee Kuning Kering. Show all posts

Friday, 26 February 2021

MEE KUNING KERING SABAH

 MEE KUNING KERING (Dried Yellow Mee) SABAH

Saya membesar dalam keluarga Sabah yang salah satu menu sarapan pagi ialah mee goreng. Satu menu yang simple. Biasanya hanya mee yg digoreng dengan rencah atau mumbu yang asas. Sayur pun tiada dititipkan. Telur jauh sekali. Bila sudah digoreng, terpulang kepada pemakan samada makan begitu saja atau disavorykan ikut citarasa masing2 dengan kicap, cuka & cili jeruk or cili potong. Sarapan asas yang sampai sekarang saya masih menyukainya.

Mee yang kami goreng ni bukan mee basah. Kami guna mee kuning kering yang dulu2 semua buatan lokal. Mee Kuning Kering Sabah ni sampai sekarang pun saya tidak tahu jenamanya. Kalau di sebelah KK, mereka guna Mee Tuaran. Kalau di Sandakan atau Tawau, namanya jadi Mee Sandakan atau Mee Tawau.Semuanya dibuat di setempat. Seingat saya, mee kuning kering ini lebih diprefer daripada mee hoon. Mungkin mee hoon di impot & harga lebih mahal. Mula saya berhijrah ke Semenanjung pun saya dapati saya tidak gemar mee kuning basah di sini, sebab rasanya ada kapur.

Saya cerita mee kuning kering ni sebab beberapa hari yang lalu, seorang ahli NURI Community Innovation & Creative Economy FB Grup (https://www.facebook.com/groups/26001449202612280) posted produk Mi Kuning Kering. Produk ini dipanggil Mi Kuning Kering Tawau & Mi Kuning Moringa. Produk ini diusahakan oleh Puan Arsenia Banglos (https://www.facebook.com/arsenia.banglos1) dari R See Mi Holdings Company Sdn Bhd (https://www.facebook.com/rseemiholdingscompanysdnbhd/). Terima kasih Ms RahmahnurLaila Harun (https://www.facebook.com/rnlailah2769) postingkan.

Mi Kuning Kering R’See ini dikatakan dibuat dengan bahan: No wax | Tiada Kapur | Tiada Asid Borik | Produk keluaran Muslim untuk dihidangkan dengan pelbagai menu. Lihat Gambar.




Mi Kuning Kering ini meningatkan saya pula kepada satu favret food yang hanya ada di Sabah. Semua orang Sabah & yang pernah ke Sabah tahu MEE ROJAK. Dulu zaman saya sekolah di kampung, kami makan rojak di Kedai Boni Joyo, harga cuma 50 sen time tu. Now kalau saya turun KK saya mampir di Happy Muslim Restaurant untuk nikmati Mee Rojak atau pun Soto atau kedua2nya sekali. Al maklum…



Note: Still miss rasa Soto Kedai Boni Joyo zaman dulu dengan clear soup daging, dicampur beberapa daging rebus potong dan timun cincang