MEE KUNING KERING (Dried Yellow Mee) SABAH
Saya membesar dalam keluarga Sabah yang
salah satu menu sarapan pagi ialah mee goreng. Satu menu yang simple. Biasanya
hanya mee yg digoreng dengan rencah atau mumbu yang asas. Sayur pun tiada
dititipkan. Telur jauh sekali. Bila sudah digoreng, terpulang kepada pemakan
samada makan begitu saja atau disavorykan ikut citarasa masing2 dengan kicap,
cuka & cili jeruk or cili potong. Sarapan asas yang sampai sekarang saya
masih menyukainya.
Mee yang kami goreng ni bukan mee basah.
Kami guna mee kuning kering yang dulu2 semua buatan lokal. Mee Kuning Kering
Sabah ni sampai sekarang pun saya tidak tahu jenamanya. Kalau di sebelah KK,
mereka guna Mee Tuaran. Kalau di Sandakan atau Tawau, namanya jadi Mee Sandakan
atau Mee Tawau.Semuanya dibuat di setempat. Seingat saya, mee kuning kering ini
lebih diprefer daripada mee hoon. Mungkin mee hoon di impot & harga lebih
mahal. Mula saya berhijrah ke Semenanjung pun saya dapati saya tidak gemar mee
kuning basah di sini, sebab rasanya ada kapur.
Saya cerita mee kuning kering ni sebab beberapa
hari yang lalu, seorang ahli NURI Community Innovation & Creative Economy FB
Grup (https://www.facebook.com/groups/26001449202612280)
posted produk Mi Kuning Kering. Produk ini dipanggil Mi Kuning Kering Tawau
& Mi Kuning Moringa. Produk ini diusahakan oleh Puan Arsenia Banglos (https://www.facebook.com/arsenia.banglos1)
dari R See Mi Holdings Company Sdn Bhd (https://www.facebook.com/rseemiholdingscompanysdnbhd/).
Terima kasih Ms RahmahnurLaila Harun (https://www.facebook.com/rnlailah2769)
postingkan.
Mi Kuning Kering R’See ini dikatakan dibuat
dengan bahan: No wax | Tiada Kapur | Tiada Asid Borik | Produk keluaran Muslim
untuk dihidangkan dengan pelbagai menu. Lihat Gambar.
Mi Kuning Kering ini meningatkan saya pula
kepada satu favret food yang hanya ada di Sabah. Semua orang Sabah & yang
pernah ke Sabah tahu MEE ROJAK. Dulu zaman saya sekolah di kampung, kami makan
rojak di Kedai Boni Joyo, harga cuma 50 sen time tu. Now kalau saya turun KK
saya mampir di Happy Muslim Restaurant untuk nikmati Mee Rojak atau pun Soto
atau kedua2nya sekali. Al maklum…
Note: Still miss rasa Soto Kedai Boni Joyo
zaman dulu dengan clear soup daging, dicampur beberapa daging rebus potong dan
timun cincang








