Saturday, 6 October 2018
Thursday, 1 September 2016
Haji Hasrin Kassim dan Alat Penapis Air Mudah Alih
Haji Hasrin mendapat idea untuk mencipta produk inovasinya apabila hati beliau terusik mengenangkan keadaan mangsa kawasan pantai timur tanah air yang dilanda banjir hidup dalam ketiadaan air bersih. Dengan kepakaran dan kesungguhan, beliau berjaya menghasilkan produk inovasinya yang boleh dimiliki dengan harga mampu milik.
Haji Hasrin Kassim telah mencipta alat penapis air mentah bagi kegunaan kecemasan seperti banjir, gangguan bekalan air, aktiviti lasak di hutan dan gunung serta boleh digunakan di kawasan luar bandar atau pedalaman. Dengan penggunaan tenaga solar, ia mampu mengeluarkan 30 liter air dalam masa sejam untuk kegunaan seramai 30 orang. Penapis tersebut juga boleh menggunakan sistem pam manual dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sistem penapis ini mempunyai rangkaian penapisan kotoran, katrij ultra mikro, penyah bau, rasa dan warna serta sistem penyah kuman dimana air yang ditapis boleh terus diminum.
![]() |
| Gambar Luaran Alat Penapis Air Mudah Alih |
![]() |
| Gambar Dalaman Alat Penapis Air Mudah Alih |
Untuk mengenali Haji Hasrin dan produk inovasinya, klik pada link dibawah:-
https://www.youtube.com/watch?v=cqwU_FWBB5I
Wednesday, 10 August 2016
Sopa Yahya dan Mesin Penugal Nanas
Lebih dikenali sebagai Wak Sopa, seorang bekas tentera yang lahir dalam keluarga peladang nanas di Muar, Johor. Semenjak kecil, Wak Sopa telah membantu keluarganya bekerja di ladang nanas yang luas, yang penuh agas dan duri.
Lantaran itu, Wak Sopa telah menginovasikan beberapa buah mesin demi mengatasi masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh peladang nanas. Dengan menggunakan barangan terpakai, Wak Sopa membina pelbagai mesin khusus bagi ladang buah tropika tersebut.
Jika dahulu para peladang nanas terpaksa bekerja terbongkok-bongkok, namun kini Mesin Penugal Nanas ciptaannya telah merubah segala. Tiada lagi berkerja menyemai anak nanas berjam-jam lamanya secara manual, kerana ciptaan beliau memudahkan kerja, menjimatkan waktu dan menambahkan produktiviti. Begitulah sumbangan Wak Sopa dalam merapatkan jurang akses produktiviti.
Wednesday, 3 August 2016
Wasinah Kuntagil & Produk Hiliran Tuhau
Puan Wasinah seorang wanita berbangsa Dusun yang cekal. Di kampungnya di Ranau, Sabah, beliau mengusahakan makanan tradisional masyarakat Kadazan Dusun yang dikenali sebagai Tuhau. Jika dahulu Tuhau yang merupakan umbut sejenis tumbuhan herba dari keluarga halia (Etlingera coccinea), dimakan sebagai ulam (jeruk), namun Wasinah menginovasikannya menjadi pelbagai hidangan lazat seperti serunding dan pelbagai variasi sambal.
![]() |
| Gambar kiri menunjukkan Tuhau segar. Manakala gambar di sebelah kanan adalah Serunding Tuhau, hasil daripada inovasi makanan yang dicipta oleh Wasinah Kuntagil. |
Kini inovasi makanannya yang enak dan halal telah diterima secara meluas di seluruh Malaysia dan juga di Filipina. Dengan bantuan MOSTI, YIM serta HIP6, Wasinah membangunkan dapur Halalnya sendiri. Tuhau juga kini dilindungi di bawah Geographical Indication (GI) Intellectual Property Rights. Demi berkongsi peluang menambah pendapatan, Wasinah mengupah jiran-jiran dan ibu-ibu tunggal di kampungnya untuk mengumpulkan bahan mentah, menyediakan hidangan dan pembungkusan produk di dapur Halalnya. Begitu besar sumbangan Wasinah kepada golongan berpendapatan rendah di Ranau, dan begitulah cara beliau membantu kami merapatkan jurang akses produktiviti.
![]() | |
|
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wasinah Kuntagil dan produk inovasinya, klik pada video berikut:
Monday, 1 August 2016
Wagiman Dulahabedi & Trak Serbaguna
Lebih dikenali sebagai Wak Wagiman, usianya telah mencecah 62 tahun. Sebagai seorang peladang sawit, Wak tahu pahit getir para peladang dalam mengerjakan hasil sawit demi mencari rezeki. Lantas Wak telah mencipta sendiri kenderaan pelbagai-guna agar peladang yang tidak mampu membeli lori masih boleh bekerja dengan produktif.
Kenderaan pelbagai-guna ciptaan beliau sangat serba boleh dan dapat
meningkatkan produktiviti para peladang. Walaupun Wak kecil susuk
tubuhnya, namun jasa Wak pada para peladang sawit amat besar. Komuniti
peladang di Muar, Johor kini dapat meningkatkan pendapatan yang lebih
dengan adanya kenderaan pelbagai-guna ciptaan beliau dan begitulah cara
Wak Wagiman membantu kami merapatkan jurang akses produktiviti.
![]() |
| Antara keratan akhbar yang menceritakan kisah Wak Wagiman pada tahun 2015. |
Url berikut juga boleh ditonton: https://youtu.be/kIN1bDO2T7A?list=PL0ckOmjlx67WSsoaZ0xVCG7JaU5kCxmCj |
Subscribe to:
Comments (Atom)









