Puan Wasinah seorang wanita berbangsa Dusun yang cekal. Di kampungnya di Ranau, Sabah, beliau mengusahakan makanan tradisional masyarakat Kadazan Dusun yang dikenali sebagai Tuhau. Jika dahulu Tuhau yang merupakan umbut sejenis tumbuhan herba dari keluarga halia (Etlingera coccinea), dimakan sebagai ulam (jeruk), namun Wasinah menginovasikannya menjadi pelbagai hidangan lazat seperti serunding dan pelbagai variasi sambal.
Gambar kiri menunjukkan Tuhau segar. Manakala gambar di sebelah kanan adalah Serunding Tuhau, hasil daripada inovasi makanan yang dicipta oleh Wasinah Kuntagil.
Kini inovasi makanannya yang enak dan halal telah diterima secara meluas di seluruh Malaysia dan juga di Filipina. Dengan bantuan MOSTI, YIM serta HIP6, Wasinah membangunkan dapur Halalnya sendiri. Tuhau juga kini dilindungi di bawah Geographical Indication(GI)Intellectual Property Rights. Demi berkongsi peluang menambah pendapatan, Wasinah mengupah jiran-jiran dan ibu-ibu tunggal di kampungnya untuk mengumpulkan bahan mentah, menyediakan hidangan dan pembungkusan produk di dapur Halalnya. Begitu besar sumbangan Wasinah kepada golongan berpendapatan rendah di Ranau, dan begitulah cara beliau membantu kami merapatkan jurang akses produktiviti.
Logo GI Malaysia
(GI2012-00005 Tuhau Tambunan )
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wasinah Kuntagil dan produk inovasinya, klik pada video berikut:
No comments:
Post a Comment