Wednesday, 10 August 2016

Sopa Yahya dan Mesin Penugal Nanas


Lebih dikenali sebagai Wak Sopa, seorang bekas tentera yang lahir dalam keluarga peladang nanas di Muar, Johor. Semenjak kecil, Wak Sopa telah membantu keluarganya bekerja di ladang nanas yang luas, yang penuh agas dan duri.

     Lantaran itu, Wak Sopa telah menginovasikan beberapa buah mesin demi mengatasi masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh peladang nanas. Dengan menggunakan barangan terpakai, Wak Sopa membina pelbagai mesin khusus bagi ladang buah tropika tersebut.

     Jika dahulu para peladang nanas terpaksa bekerja terbongkok-bongkok, namun kini Mesin Penugal Nanas ciptaannya telah merubah segala. Tiada lagi berkerja menyemai anak nanas berjam-jam lamanya secara manual, kerana ciptaan beliau memudahkan kerja, menjimatkan waktu dan menambahkan produktiviti. Begitulah sumbangan Wak Sopa dalam merapatkan jurang akses produktiviti.



Wednesday, 3 August 2016

Wasinah Kuntagil & Produk Hiliran Tuhau

    
     Puan Wasinah seorang wanita berbangsa Dusun yang cekal. Di kampungnya di Ranau, Sabah, beliau mengusahakan makanan tradisional masyarakat Kadazan Dusun yang dikenali sebagai Tuhau. Jika dahulu Tuhau yang merupakan umbut sejenis tumbuhan herba dari keluarga halia (Etlingera coccinea), dimakan sebagai ulam (jeruk), namun Wasinah menginovasikannya menjadi pelbagai hidangan lazat seperti serunding dan pelbagai variasi sambal.

Gambar kiri menunjukkan Tuhau segar. Manakala gambar di sebelah kanan adalah Serunding Tuhau, hasil daripada inovasi makanan yang dicipta oleh Wasinah Kuntagil.
     Kini inovasi makanannya yang enak dan halal telah diterima secara meluas di seluruh Malaysia dan juga di Filipina. Dengan bantuan MOSTI, YIM serta HIP6, Wasinah membangunkan dapur Halalnya sendiri. Tuhau juga kini dilindungi di bawah Geographical Indication (GI) Intellectual Property Rights. Demi berkongsi peluang menambah pendapatan, Wasinah mengupah jiran-jiran dan ibu-ibu tunggal di kampungnya untuk mengumpulkan bahan mentah, menyediakan hidangan dan pembungkusan produk di dapur Halalnya. Begitu besar sumbangan Wasinah kepada golongan berpendapatan rendah di Ranau, dan begitulah cara beliau membantu kami merapatkan jurang akses produktiviti.
Logo GI Malaysia
(GI2012-00005 Tuhau Tambunan )




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wasinah Kuntagil dan produk inovasinya, klik pada video berikut:





























Monday, 1 August 2016

Wagiman Dulahabedi & Trak Serbaguna


     Lebih dikenali sebagai Wak Wagiman, usianya telah mencecah 62 tahun. Sebagai seorang peladang sawit, Wak tahu pahit getir para peladang dalam mengerjakan hasil sawit demi mencari rezeki. Lantas Wak telah mencipta sendiri kenderaan pelbagai-guna agar peladang yang tidak mampu membeli lori masih boleh bekerja dengan produktif.

     Kenderaan pelbagai-guna ciptaan beliau sangat serba boleh dan dapat meningkatkan produktiviti para peladang. Walaupun Wak kecil susuk tubuhnya, namun jasa Wak pada para peladang sawit amat besar. Komuniti peladang di Muar, Johor kini dapat meningkatkan pendapatan yang lebih dengan adanya kenderaan pelbagai-guna ciptaan beliau dan begitulah cara Wak Wagiman membantu kami merapatkan jurang akses produktiviti.

Antara keratan akhbar yang menceritakan kisah Wak Wagiman pada tahun 2015.
Ikuti kisah Wagiman lebih lanjut di video berikut:


Url berikut juga boleh ditonton:
https://youtu.be/kIN1bDO2T7A?list=PL0ckOmjlx67WSsoaZ0xVCG7JaU5kCxmCj