Saturday, 25 January 2025

Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk: Modul Design Facility memenuhi keperluan Competency Unit untuk Sijil Kemahiran Malaysia

 Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC NURI LFN.

Modul 1: Design Facility.

Gambar kiriman Pn. Sari Padaidi (20/12/2024) yang tunjukkan aktiviti tugasan menyukat saiz mesin & peralatan serta tapak di kilang usahawan2 pembuat pes & pau serta keropok bantal di kawasan Tawau untuk penuhi keperluan dokumentasi Modul 1: Design Facility.

Latihan ini dikelola oleh Pn Sari Padaidi De SR Resepi Akademi bersama Pelatih Akademi dan perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) & usahawan terlibat untuk siapkan dokumen Modul 1, Program SSC NURI, sekali gus memenuhi keperluan Competency Unit untuk Pensijilan SKM Tahap 2 Pemprosesan Makanan.

De SR Resepi Akademi adalah rakan kongsi yang spin-off daripada hasil libat-serta Pn Sari Padaidi dalam Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC NURI. NURI akan bantu latih pelatih2 De SR Resepi supaya pelatih2 ini akan dapat melatih perantis2 SLDN & juga membantu usahawan2 IKS kawasan Tawau yang perlu mendokumenkan Sistem Pengeluaran Produk mereka masing2.

MANTAPKAN PRODUCTION GAME KAMURANG
BERMULA DARI ASAS YANG BETUL, DEMI BINA TAPAK YANG KUKUH




















Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk: Modul Arahan Kerja-Kerja Proses Pengeluaran Produk

 Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC by NURI LFN

|MODUL 3: ARAHAN KERJA PROSES PENGELUARAN PRODUK (WIS)|

Modul ini akan bantu usahawan kepada asas dokumenkan Sistem Pengeluaran khusus kepada Arahan Kerja Proses bagi setiap proses yang telah di SOPkan untuk pembuatan sesuatu produk.

Bermulalah dari Asas yang Betul Demi Bina Tapak Sistem Pengeluaran Produk yang Kukuh.

JOM LIBAT-SERTA










Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk: Modul Design Facility & Modul SOP Proses Produk

Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC by NURI LFN

| MODUL PELAN LANTAI (LAYOUT)/ DESIGN FACILITY| &
| MODUL SOP PROSES|

Modul2 ini akan bantu usahawan kepada asas dokumenkan Sistem Pengeluaran seperti yang dinyatakan dalam Infografik (Lihat gambar)

JOM LIBAT-SERTA







Salam Semua,

Jika kita tidak usaha membudaya (cultivate) Sistem Pengeluaran Produk atau Perkhidmatan kita sendiri, banyak potensi pemajuan pengeluaran produk/ perkhidmatan mungkin terlepas atau terjejas.

Jangan hanya terus bergantung kepada Kaedah Audit semata2, seperti MeSTI, Halal, HCCP, GMP, ISO & pelbagai lagi pensijilan, selagi kita tidak mau menjemput untuk berilmu & berkemahiran untuk kendali Sistem Pengeluaran/ Perkhidmatan kita sendiri.

Kuasai padang permainan pengeluaran produk/ perkhidmatan kita masing2 supaya ianya lebih mantap.

Sistem Audit milik pihak ketiga, ada yang untuk tujuan perundangan & ada yang untuk protect industri masing2, dll. Sampai bila mau bertuankan kepada mereka dengan harga kos pembiayaan yang tinggi & hanya sah dalam tempoh masa dihadkan. Kita cuba mau patuhi badan2 ni, tetapi urusan bina design sistem pengeluaran produk kita sendiri tetap kucar kacir. Sistem Pengeluaran Produk kita nilah sepatut yang beri asas untuk sediakan dokumen pensijilan atau audit2 lain.
Sistem Pengeluaran kita adalah Harta Intelek (IP) kita, yang jika terusan improve & re-improve & re-improve...akan menjadi "The whole is greater than the sum of its parts". Misalnya, Toyota Production System (TPS) yang dicultivate lebih 70 tahun yang lalu, ianya menjadi ikutan sistem pengeluaran industri otomobil serta sektor lain & telah mencetuskan ilmu Lean Management.

Kita pun boleh wujudkan standards untuk sistem pengeluaran produk IKS/ PMK kita sendiri.

MANTAPKAN PRODUCTION GAME ANDA. BERMULA DARI ASAS YANG BETUL, DEMI BINA TAPAK YANG KUKUH!


Monday, 20 January 2025

Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk: Modul Design Facility

 Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk

LAYOUT | MODUL PELAN LANTAI / DESIGN FACILITY
Modul ini akan bantu usahawan dokumenkan:
  • Pelan lantai premis pengeluaran, layout pintu utama, ukuran tapak, ruang atau stesen kerja, mesin & peralatan serta kedudukan poin letrik.
  • Pelan2 ini boleh diselaraskan (overlay) dengan Carta Aliran Proses Pengeluaran untuk Design Pelan Susunatur Pengeluaran/ Pemprosesan Produk.
JOM LIBAT-SERTA







CREATIVE SOLUTION TO IMPROVE PRODUCTION FOR RURAL MICRO & SMALL ENTREPRENEURS’ COMMUNITY (SABAH)

Projek Asas Design Sistem Pengeluaran Produk, Program SSC by NURI LFN 
Projek Progres 2023